13 Mac, 2024

Temujanji Klinik Gigi

...Jam 2 petang Isnin 11 Mac 2023, kami ke Dental Surgery Clinic Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM...  Usai jumpa doktor gigi kami terus ke ruang utama masuk. Sementara menunggu ayah Ain sampai camnilah gelagat Ain.. dia mesti ronda-ronda santai...

08 Mac, 2024

Video Tik tok

Terapi Air (Renang) Sesi ke 5

Rabu 6 Mac 2024, bawa Ain untuk aktiviti terapi air (berenang) di Recreational Hub at Tropicana Aman. Sudah hampir sebulan aktiviti ini ditangguhkan kerana saya sibuk dengan beberapa urusan. Harini kelas bermula pada jam 4.30 petang tetapi kami kelewatan hampir setengah jam. Sebenarnya kami boleh sampai dalam 45 minit awal tapiiii....tiba di simpang ke Shah Alam...jam baru 3.30 petang (kelas jam 4.30) so...saya mengambil keputusan melencongkan perjalanan ke Home Spa Ice Therapy untuk membeli produk kesihatan Ain. Jangkaan saya, kami boleh sampai ke Recreational Hub at Tropicana Aman sebelum jam 4.30 tapi jangkaan saya salah sebab dari Home Spa perjalanan mengambil masa 30 minit kerana kenderaan mulai banyak jadi kelewatanlah kamiiii...Sampai je, kami bergegas bersiap untuk masuk kolam......Jam 5.30 Pembantu Ain terpaksa tinggalkan Ain untuk membantu pelatih lain pula. Saya mengambil alih sepenuhnya melatih Ain hingga jam 6...
Produk kesihatan yang diperlukan Ain...

06 Mac, 2024

Minum Petang

Selasa 5 Mac... Sementara menunggu adik sampai, kami minum petang...

05 Mac, 2024

Santai-Santai Je

Ahad 3 Mac 2024 kami berempat beranak keluar ke Mall di Putrajaya dan singgah makan selera korea...

19 Februari, 2024

Meraikan Walimatul Urus Anak Kawan Sekolah di Rawang...

Ahad 18 Februari 2024, saya bertiga beranak meraikan kenduri anak kawan ex-smst (Ijat) dan ex-smdary (Nun..Wife Ijat) di Rawang. Seronok dapat jumpa sahabat lama yang sudah lama tak jumpa.....Macam biasa Ain mesti posing-posing untuk buat kenangan...

14 Februari, 2024

Blogger Santai-Santai di Majlis Ekuin Malaysia Dengan Satu Misi.

Selasa 13 Februari 2024 saya berkunjung ke Majlis Ekuin Malaysia dengan satu misi. Semoga Allah permudahkan..lancarkan segala urusan dengan jayanya, aamiin ya Allah ya Mujib......Usai perbincangan santai kami gerak makan tengahari di Restoran D'Likeside @ MAEPS Serdang ...

Sarapan Bersama Opah...Balik kampung weh!

Pagi Ahad 11 Februari 2024 bawa opah Ain sarapan di sini......Usai sarapan kami lajak jalan-jalan teng0k tempat peranginan Tasik Cermin tapi tak singgah pun..ninjau-ninjau je......Tengaharinya kami balik ke rumah di Seri Iskanadar......Esoknya Isnin 12 Februari kami nak gerak balik ke Taman Bukit Serdang tapi kedua-dua cucu nak mengikut. Kenalah bawa deme pusing-pusing taman dulu......Ini juah Wan Nyah Ain. Tertidur sebelah Wan Nyahnya...