ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
05 Mac, 2018
Training Bersama Rakan Sepasukan di Dewan Training PBS
Isnin 5 Mac Ain turun training bersama-sama rakan sepasukan...Amir, Shahrul, Saleh, Syafiq dan Tan dalam suasana baru kerana dewan sudah ada penambahan kipas dinding sebanyak 4 buah dan 9 buah plug serta lampu-lampu yang telah diganti baru...terang benderang dewan dah naaaa...