24 Oktober, 2018

A morning with Jim Elliott. Scuba Try Out at Recreational Hub Tropicana Kajang Heights


...Tanggal 21 Oktober 2018 (Ahad) Ain bersama lima orang lagi rakan-rakan Boccia Selangor menyertai aktiviti percubaan menyelam bersama mr.Jim Elliott Pengasas Diveheart. Aktiviti diatur oleh en.Syed Abd Rahman Pengasas & Pengarah di Kids Scuba merangkap Duta Diveheart Malaysia dengan dibantu Kids Scuba Dive Team. Ini merupakan percubaan kedua Ain. Dua tahun lepas Ain menyelam bersama mr.Jim......Hari ini cuaca kurang bagus..hujan renyai-renyai, air kolam renang pun rasa sejuk semacam. Dukacita, pagi ini badan Ain agak panas (Dedo). Ain kurang sihat dan kurang ceria hari ini namun aktiviti diteruskan juga. Sebelum aktiviti, kami membuat persiapan apa yang perlu agar semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah...Sikap bekerjasama mempermudahkan segalanya. Jamuan kecil kami sediakan,semua juadah bawa sikit sorang......Sebelum aktiviti menyelam dimulakan, sesi taklimat diberi oleh mr. Jim. Semua peserta dan ibubapa mendengar dengan khusyuknya sebab nak bagi hadam betul-betul hihihi...____
_____
...Usai sesi taklimat mr.Jim mencuba pakaikan full face diving mask pada Ain, Izmeer, Shahrul, Amir, Farid dan Syafiq. Kesemua mereka teruja sangat..._____
___
_____...Sementara menunggu aktiviti dimulakan, kami santai je dalam kolam renang. ternyata Ain tidak aktif seperti selalu. Dia tak mahu berenang dan asyik memeluk saya saja...sesekali saja dia senyum melihat gelagat kawan-kawannya......Untuk melancarkan aktiviti menyelam setiap peserta akan dibantu oleh dua orang penyelam normal di kiri dan kanan bagi memastikan peserta dalam keadaan selesa dan selamat. Manakala mr.Jim Elliott akan mengendalikan aktiviti sepenuhnya. Hari ini kami juga mendapat khidmat penyelam dan jurugambar underwater video en.Zulhaimi Abd Rahman..TQVM en.Zulhaimi...
...Ain adalah peserta terakhir. Sengaja saya lepaskan kawan-kawan dia dulu. Sungguhpun Ain nampak kurang ceria dan dalam kesejukan namun bila saya kata, "Ain tak payah buatlah!"...Ain tarik muka dan pukul tangan saya. Saya tanya, "Ain nak menyelam juga ke?" Ain jawab "Nak" sambil angguk-anggukkan kepalanya. Ya memang dia masih mahu menyelam. Saya agak terkesan juga...rasa sedih sebab Ain tidak ceria seperti kebiasaannya. Semangat saja yang tinggal untuk buat aktiviti. Berbeza dengan aktiviti menyelam dua tahun lepas...Ain cukup teruja, sampai tak mahu naik. Apa-apa pun Ain berjaya lakukannya, Alhamdulillah.
________________________________
Seusai aktiviti, saya dan Ain pergi ke bilik air untuk menukar pakaian kering. Ketika itu kawan-kawan Ain dan parents masing-masing sudah bersedia untuk acara seterusnya...bergambar beramai-ramai. Mereka sedang menunggu saya dan Ain saja......Kemudian diikuti pula acara menyampaikan cenderahati buat mr.Jim Elliott dan en.Syed. Kami rasa terkilan kerana terlepas pandang untuk menyediakan cenderahati untuk 2 orang lagi yang membantu menjayakan aktiviti menyelam tadi. Kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka. Semoga budi baik semua yang terlibat dibalas dengan pahala yang besar di sisi-NYA kerana anda semua telah menggembirakan hati semua peserta yang terlibat, aamiin...
...Inilah cenderahati kenang-kenangan Ain untuk mr.Jim Elliott. Cenderahati juga dari kami semua untuk mr.Jim dan en.Syed...
...Akhir acara ialah menjamu selera sambil sembang-sembang dan bergambar santai......Akhir kalam, ternyata aktiviti ini sangat mencabar keupayaan peserta namun mereka berjaya melakukannya..Alhamdulillah. Aktiviti ini adalah hadiah terindah dari pihak pengelola encik Syed Abd Rahman, Kids Scuba Dive Team dan DiveHeart. TQVM semoga anda semua dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan, aamiin ya Rabbal 'alaamiin.