08 Oktober, 2018

Charity Dinner RDA

Sabtu 13 November 2018, saya dan Ain berkereta dua beranak ke Hotel Flamingo Ampang untuk program Charity Dinner RDA. Tujuan Charity Dinner ini ialah untuk mengumpul dana buat aktiviti terapi berkuda kami. Hanya Ain, Amzar dan Izmeer saja yang hadir mewakili group RDA Rabu. Sebenarnya, saya dan Ain agak kepenatan sebab petang harinya Ain ada training frame football di Forum 19 Petaling Jaya dari jam 4 sampai 5 petang. Dari Forum 19 saya dua beranak terus ke Hotel Flamingo. Kami sampai dalam jam 6.50 petang dalam hujan renyai-renyai. Demi niat memberi sokongan pada usaha pihak RDA kami relakan saja. Harini sekali lagi kami dapat berjumpa dengan Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azureen dan tetamu VIP Khas Yang Amat Mulia, Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah. Sebelum dinner kami minum petang di ruang khas yang telah disediakan untuk rider RDA dan anak-anak istimewa dari beberapa PDK sekitar Lembah Klang. Setelah tetamu VIP sampai anak-anak istimewa termasuk rider RDA buat sesi bergambar dan ramah mesra dengan tetamu VIP. Alhamdulillah...Ain cukup dikenali oleh YTM Raja Dato' Seri Azureen......Usai sesi bergambar kami naik ke tingkat atas untuk acara Dinner......Sebelum tetamu VIP beredar kami sempat bergambar......Kami juga sempat possing-possing di ruang legar poster-poster RDA yang sinonim dengan Ain......Berikut ini adalah poster kenangan manis Ain semasa Charity Dinner RDA 2 tahun yang lepas. Ain diberi tugas menyampaikan cenderahati kepada Tengku MahkotaPahang, ayahanda kepada tetamu VIP hari ini....