ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
30 Oktober, 2018
Sesi Demo Di AFC HouseNew Building - Part 1 (Di Padang)
...Pada 30 Oktober 2018 Ain bersama team frame football GAPS turut memeriahkan majlis perasmian bangunan baru AFC di Bukit Jalil. Sebelum acara perasmian...team FF membuat aksi demo FF. Sungguhpun cuaca agak terik acara demo tetap berlangsung dengan cerianya. Pagi ini saya sedikit diuji, tayar depan walker Ain tertanggal skrewnya. Mujur kami mendapat bantuan dari pihak warga AFC. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan atas bantuan itu......Acara padang...
..Sebelum masuk ke ruang perasmian kami bergambar beramai-ramai...