29 Mac, 2015

Mini Malaysia Japan Festival - 15 Mac 2015 (Part 1)

Ahad 15 Mac 2015 Ain, ayah dan mak menyertai 'MINI MALAYSIA JAPAN FESTIVAL' di Meru Klang anjuran bersama Alumni Look East Policy Society (ALEPS) dan Kedutaan Jepun Kuala Lumpur. Majlis bermula dalam jam 10 pagi dengan bacaan doa dan diikuti ucapan alu-aluan Pengerusi ALEPS dan tetamu VIP.......Kemudian kami bersarapan pagi berjuadahkan nasi lemak dan laksa serta makanan Jepun.......sambil makan kami dapat menyaksikan beberapa persembahan dan kesenian Jepun.......Ain berkesemptan bergambar dengan orang utama yang mengelolakan barang-barang keperluan OKU seperti kerusi roda, kereta sorong khas, splin dan lain-lain yang dikumpul di Jepun dan diedarkan ke Malaysia dan negara-negara lain.......Persembahan diteruskan hingga jam 2 petang dan diikuti pula dengan acara iaitu penyerahan kerusi roda kepada OKU.......Acara kemuncak ialah penyerahan anak angkat. Keluarga Ain telah bersetuju menerima seorang pelajar Sagami Women Undercity Jepun bernama Chisato Hayakawa...dan pelajar ini berada bersama keluarga angkat selama tiga hari dua malam.......persembahan penutup Ain juga turut serta...