30 Mac, 2015

Mini Malaysia Japan Festival - 16 Mac 2015 (Part 2)

...Sebelah malamnya Ain sekeluarga membawa kak Chisato Hayakawa mengunjungi kawan ayah Ain di bandar baru bangi kerana ada titipan arwah atok yang perlu kami sampaikan pada kawan ayah tu......pagi esoknya Isnin 16 Mac kami membawa kak Chisato jalan-jalan..mula-mula kami membawanya ke Putrajaya melawat Masjid besi, masjid Putra dan Alamanda.......Selepas itu kami melanjutkan aktiviti jalan-jalan kami ke seksyen 11 Shah Alam iaitu ke tempat Ain buat rawatan...Sengaja kami membawa kak Chisato ke sini, kami nak tunjukkan rawatan alternatif yang Ain buat......Sementara Ain mandi kolam ayah bersama adik membawa kak Chisato ke Plaza Massalam..kerana ayah nak hadiahkan sepasang baju kurung untuk kak Chisato....dema minum petang di sana......Sebelah malamnya pula kami membawa kak Chisato ronda-ronda malam di Twins tower (KLCC) dan Dataran Merdeka Kuala Lumpur......di dataran merdeka kami menghabiskan masa hingga jam 12 malam sambil bermain lastik-lastik berlampu...bukan main enjoi adik ecah dan kak Chisato bermain...ain, ayah dan mak pun turut bermain....