07 Julai, 2019

Majlis Rumah Terbuka AidilFitri CVT - 6 Julai 2019

...Usai menghadirkan diri di majlis Raya Persatuan Boccia Selangor saya dan Ain bergegas pula ke Hotel Alami Garden seksyen 13 Shah Alam untuk Kursus Lanjutan Khas CVT. Kami terlewat sampai hampir 30 minit kerana tersangkut jem. Banyak info ilmiah yang disampaikan oleh yang berbahagia Prof Dr Norhisham Wahab......Dalam jam 5 petang kursus berakhir dan kami sekali lagi bergegas untuk pergi ke Majlis Rumah Terbuka CVT di Home Spa Ice Therapy di No.28, Jalan Tarian 11/2, seksyen 11, Shah Alam...Walaupun sesampainya di home spa hujan lebat mulai turun namun majlis tetap berjalan lancar dengan meriahnya, Alhamdulillah...__________...Menjelang maghrib saya dan Ain beredar meninggalkan majlis. Terima kasih Prof  Dr Norhisham Wahab , kakitangan CVT dan semua yang terlibat menjayakan majlis ini. Semoga majlis ilmu dan majlis rumah terbuka Aidil Fitri ini dilimpahi rahmat...semoga ikatan silaturrahim sesama kami bertambah erat dan semoga misi dan visi CVT beroleh kejayaan dengan cemerlangnya, aamiin....Di bawah ini adalah perkongsian video dari CVT dengan izin...Terima kasih puan Fana.