26 September, 2019

Lawatan Belajar Pelajar UITM Shah Alam

...Selasa 24 September 2019 kami Persatuan Boccia Selangor (PBS) menerima lawatan belajar 3 orang pelajar Tahun 2 Jurusan Sains Sukan UITM Shah Alam...Saya dan encik Mustafa memberi maklumat berkaitan sukan Boccia kepada mereka bertiga. Demo permainan juga kami tunjukkan. Mereka juga diberi peluang bermain melalui slot permainan berpasukan......Usai bermain dan makan juadah yang kami PBS sediakan, sesi bergambar diadakan......Semoga maklumat yang kami berikan dapat membantu tugasan ketiga-tiga pelajar berkenaan, aamiin