08 September, 2019

Menyertai Lawatan Gaps Ke Balai Bomba & Penyelamat Cyberjaya

Sabtu 7 September 2019 saya dan Ain menyertai Gaps ke Balai Bomba & Penyelamat Cyberjaya. Kami sampai lebih awal. Sementara menunggu peserta-peserta lawatan lain sampai, Ain posinglah weh!!!...Di dalam balai posing lagi......Di sini kami telah diberi taklimat dan maklumat berkaitan bomba......Kami juga diberi kesempatan menaiki lori bomba. Bukan main terujanya Ain......
  
...Anak-anak istimewa juga di beri kesempatan memakai uniform bomba kit......Dalam kami diberi layanan baik dari kakitangan bomba, kami dikejutkan dengan panggilan kebakaran di Puchong. Ini menyebabkan abang-abang dan kakak bomba terpaksa meninggalkan kami demi panggilan tugas berkenaan...Ini menyebabkan kami tidak berkesempatan bergambar kenang-kenangan dengan mereka...