13 Disember, 2019

Ain Membantu Volunteers Exam

Khamis 12 Disember 2019, seawal pagi saya dan Ain sudah keluar rumah. Hari ini kami mesti berada di Polo Club jam 9.30 pagi. Sesampai di sana saya bertembung dengan Sue Adams. Kami bersalaman dan berpelukan kerana sudah 5 tahun tak Jumpa. Sue Adams ni datang dari England dan dialah yang akan menilai perjalanan exam para volunteers rda kami iaitu Datin Noor, mr. Teerance dan puan Susan......Exam bermula dengan sesi penerangan ringkas berkaitan perjalanan aktiviti terapi berkuda......Harini Ain menunggang Kabana. Untuk mengelakkan gangguan kami tidak dibenarkan mengambil gambar kerana itu hanya 2 keping gambar ini saja yang ada..itupun gambar snap dari jauh (zoom)......Ini gambar Ain bersama keluarga Amzar yang sudah lama sangat tak jumpa......Ini pula imbasan gambar pada 29 Mac 2014 semasa Sue Adams menilai Jurulatih untuk program terapi berkuda DBKL. Ain turun padang sebagai pelatih rda......Yang ini pula gambar Ain menaiki kereta kuda khas bersama tetamu VIP Sue Adams semasa perasmian Program RDA DBKL...