13 Disember, 2019

Terapi Berkuda Bulan Terakhir 2019

Rabu 11 Disember 2019, Ain mengikuti kelas RDA. Hari ini Ain menunggang Bandido. Pada awalnya Bandido kurang memberi kerjasama. Beberapa kali Bandido tidak mahu masuk lorong tempat rider naik. Bila masuk, Bandido tidak mahu berhenti. Namun akhirnya dia akur juga dan Ain dapat menunggangnya......Sebelum terapi bermula puan Susan memberi beberapa arahan kepada volunteers dan riders...
...Bila aktiviti bermula Bandido memberi kerjasama yang baik. Ain enjoy sungguh hari ini......Usai aktiviti Ain keluar gelanggang dengan senyuman lebarnya. Kemudian Ain dilayan dan bergambar dengan seorang volunteers yang muda tiga tahun dari Ain...