05 Julai, 2020

Aktiviti ke dua Bersama Team As-Syik

Sabtu 4 Julai jam 8 pagi, Ain sudah sampai di Spectrum. Tergambar kegembiraan di wajah Ain. Di tangannya, ada carrot untuk MyStar dan Zarra. Pagi ini Ain ada aktiviti jogging bersama team As-Syik......Usai senaman ringan sambil zikir Asmaul husna, Ain bersama teachers dan team As-Syik memulakan aktiviti jogging di laluan masuk ke Spectrum. Riuh mulut Ain dapat melakukan aktiviti itu. Penatlah teacher menolak kerusi roda Ain. Terima kasih teacher , terima kasih semua..Ain gembira sungguh hari ini. Syukur Alhamdulillah...
 
....Selepas berehat sebentar, Ain bersama team volunteers as-Syik mengikuti sesi ulangkaji dan penilaian......Kemudian Ain dibawa ke kandang Zarra. Dengan bantuan dan diawasi...Ain diberi peluang lead Zarra untuk aktiviti grooming. Pada mulanya Ain berasa takut, tapi akhirnya dia rasa gembira dan nampak ada keyakinan lead Zara. Orang yang ada di hadapan Ain cakap 'Go go go',suruh ketepi sebab dia dan Zarra nak jalan. Hahaha..lawaklah Ain.......Sebelum aktiviti harini selesai, selagi lagi Ain dibawa ke kandang Zarra dan MyStar untuk sesi carrot time. Sekali lagi Ain buat lawak speaking london. Kerana rasa takut hendak hulurkan carrot pada Zarra dan MyStar..Ain cakap ' no no no'.  Hahaha...Ain Ain Ain... semua yang ada ketawa melihat gelagat Ain......Itulah gelagat anak Syurga bernama Nur Ain yang dilahirkan pada hari Jumaat 22 Ramadhan 1417 H bersamaan 31 Januari 1997.