12 Julai, 2020

Aktiviti Bersama Team As-Syik

Syukur Alhamdulillah...Seawal pagi Sabtu 11 Julai 2020 saya dan Ain ke Spectrum di Putrajaya. Keterujaan Ain jelas kelihatan melalui tindakan spontannya membuka tali pinggang kaledar tanpa arahan dari saya dan Ain sempat berkata.."Cepatlaa...". Amboiiiii sudah pandai beri arahan pada emak weh! Saborrr jelaaa...
......Aktiviti pagi ini dimulai dengan senaman @ regangan bersama team As-Syik. Kemudian diikuti aktiviti khas untuk Ain iaitu merangkak sambil memasukkan bola ke dalam bakul. Aktiviti berjalan dan duduk atas bola...______
 
...Hari ini juga dengan pengawasan Ain sekali lagi berkesempatan lead Zarra. Seronok sangat dia berpeluang lead Zarra walaupun pada raut wajahnya ada perasaan takut, takut-takut berani @ berani- berani takut......Selain itu Ain juga berpeluang melakukan sedikit aktiviti grooming Zarra...menyentuh dan memanggil Zarra. Lembut suaranya memanggil Zaara. Alhamdulillah, Zarra sangat memberi kerjasama......
Aktiviti diakhiri dengan memotong carrot untuk Zarra dan MyStar. Ain dibiasakan menggunakan tangan kanannya...
...
 
...Sebelum pulang Ain sekali lagi lead Zarra ke tempat mandiannya. Badan Zarra kelihatan sedikit kotor jadi dia perlu dimandikan......Akhir kalam...terima kasih kepada team As-Syik untuk aktiviti yang meriah ini. Ain sangat gembira. Syukur Alhamdulillah