08 Januari, 2021

Balik Kampung @ Nur Ain Agro Farm

Jumaat 8 Januari 2021, kami balik kampung selepas ayah Ain selesai solat Jumaat dan uruskan urusan surau. Kami sampai Perak sudah hampir waktu maghrib jadi kami tidak singgah rumah opah Ain, bimbang juga sebab kami datang dari zon merah... Esoknya Ain enjoy dengan suasana Nur Ain Agro Farm...Ini gambar dan video anak-anak Mawar. Kesian kedua-dua anak mawar mati kerana mawar tak perdulikan anak-anaknya. Kami terpaksa beri susu botol guna susu bayi manusia.....Seekor anak mawar mati sebelah petang 9 Januari. Kami membawa anak mawar yang seekor lagi ke dalam rumah. Esoknya Jam 2 pagi merupakan kali terakhir kami beri susu botol padanya kerana waktu subuh 10 Januari diapun menuruti kembarnya...