ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
04 Januari, 2021
Santai Keluarga - Jalan-Jalan PD - Part 2
Ahad 3 Januari 2021, pagi-pagi lagi Ain dan Raykal main buai di balcony bilik hotel... ...Harini saya, suami dan Ain bersarapan di ruang beranda bilik mengadap kolam renang dan laut. Manakala Raykal bersama abang dan kakak ipar Ain bersarapan di cafeteria. Kami order nasi lemak PD......Ain sempat posing diawal pagi...gaya retis posing sebelum mandi pagi. Ceh‼️ Patutlah ada bauuuu....hihihi......Habis sarapan kami bersiap-siap untuk mandi laut. Lihatlah‼️ Bukan main enjoy Ain tu dilambong ombak. Seronok sangat dia, Alhamdulillah... ......Usai mandi laut dan membersihkan diri, kami berkemas untuk daftar keluar. Kami plan untuk balik ke Seri Kembangan ikut laluan sepanjang pantai...maknanya menuju arah Morib/Sepang...Kami makan tengahari di Bagan Lalang...