26 Ogos, 2021

Seronok dapat balik rumah sendiri

Alhamdulillah, hari ini Rabu, 25 Ogos 2021 kami dapat balik rumah di Seri Kembangan. Kami rentas negeri atas urusan temujanji hospital dan ambil baki ubat Ain. Kami bertolak petang dari Parit Perak selepas urusan di Nur Ain Agro Farm beres. Tugasan jaga rumah dan ternakan diamanahkan pada adik dan abang Ain. Bukan main seronok Ain dapat naik kereta selepas lama berkurung di Nur Ain Agro Farm...
...Tiba di Tsman Bukit Serdang, kami singgah beli makanan (nasi kerabu) dan hantar barang ke surau taman perumahan...
..Sampai rumah, Alhamdulillah...rumah baik-baik je...
...Beria-ria dia memperkenalkan dirinya..sampai tak dengar soalan saya..😂😂😂. Ain Ainnnn...