ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
23 Oktober, 2021
Ziarah MAFEC
...Sabtu 23 Oktober 2021 Ain dan mak ziarah MAFEC untuk kali ke dua. Ada pertandingan show jumping...kami nak support peserta MAFEC. Lagipun Ain memang minat tengok kuda. Riuh mulut Ain ...teruja sangat. Kami sampai dalam jam 11 bertepatan acara pertama bermula...... ......Sementara menunggu acara seterusnya Ain ronda-ronda tengok kuda............Haaa..tu dia. Macam dia pun nak lompat sama tuu 😂😂😂. Suka sangat Ain tengok warga ATM/MAFEC ni berlatih sebelum masuk arena pertandingan.. ......Kami meninggalkan MAFEC selepas acara terakhir berakhir dan sampai rumah semasa azan Asar berkumandang.