ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
10 Oktober, 2022
Hari CP
...Ahad 9 Okt.2022, Alhamdulillah...semalam ada rezeki saya dan Ain join program sambutan Hari CP anjuran GAPS, sebab sejak Ahad 2 Oktober saya kurang sihat..takda selera makan. Perut angin semacam..semua makanan tak boleh masuk..makan buah-buah saja itupun dalam kuantiti sedikit sedikit...Semalam, demi Ain dan demi nak jumpa kawan-kawan GAPS yang sudah lebih 3 tahun tak jumpa... saya gagahi diri hadir...