ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
15 Ogos, 2023
Ain Tunaikan Tanggungjawab.
Sabtu 12 Ogos 2023...Ain, abang dan adik ke Pusat Komuniti MBSJ PP2 Bukit Serdang untuk tunaikan tanggungjawab sebagai Rakyat Selangor Malaysia bagi PRU Dewan Negeri Selangor ke 15. Ayah Ain yang akan bantu Ain memangkah undinya.....Usai mengundi, Ain keluar dan menunjukkan jarinya kepada kami yang menunggunya...