27 November, 2020

Ain Di Home Spa Ice Therapy

...Sudah lama tidak berenang. Kali terakhir berenang pada 10 September 2020. Kewujudan semula arahan PKPB kepada negeri Selangor akibat peningkatan kes pandemik covid telah membataskan pergerakan. SOP PKPB telah melarang kami rakyat Selangor dari keluar daerah dan keluar  negeri kecuali urusan kerja dan hal-hal kecemasan tetapi memerlukan surat kebenaran yang berkaitan... Alhamdulillah, hari ini Khamis 26 November saya dan Ain dapat datang ke Home Spa Ice Therapy ni dengan mendapat surat penyataan tujuan pergerakan dari pihak Home Spa. Tambahan pula kolam ini adalah kolam renang persendirian. SOP terjaga. Apatah lagi, hanya Ain dan saya saja yang ada di kolam ni....
...Bagi Oku CP seperti Ain..tiada istilah berehat-rehatan dari aktiviti terapi. BEREHAT bererti kondisi fizikal..otot akan terjejas. Usai mandi Ain possing di tepi kolam......Kemudian saya masuk ke dalam rumah untuk membeli produk-produk keperluan saya dan Ain. Sebelum pulang sempat snap lagi gambar Ain... Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Ain...