23 November, 2020

Majlis Pra Perlancaran AKUDA KIDS

Pagi Ahad 22 November 2020, saya dan Ain keluar rumah untuk meraikan majlis Pra Pelancaran AKUDA KIDS di lokasi kejiranan Spectrum. Pagi itu kami agak kelewatan.Kelam kabutlah saya siapkan Ain. Mujur pinggan dan beberapa barang saya sudah masukkan dalam kereta petang semalam. Malangnya dekat nak sampai ke destinasi...saya terlepas simpang yang sepatutnya saya membelok masuk...saya termasuk jalan yang kedua. Masa saya hendak berpatah balik..hampir tayar kereta sangkut di laluan yang agak berlumpur tapi Alhamdulillah.. mujur lepas. Saya dan Ain kelewatan sampai...untung juga majlis belum mula......Usai acara perasmian, kami dihiburkan dengan persembahan Alfarabiband...lagu Amanat Perwira...... ...Kemudian aktiviti berkenal-kenalan dengan Sanja anak Zarra. Ini adalah pertemuan pertama saya dan Ain dengan Sanja......Sebelum menjamu selera peserta-peserta Akuda Kids memotong kek khas hasil tangan isteri salah seorang dari anggota Alfarabiband. Cantik keknya......Perbincangan santai untuk hala tuju Akuda Kids...ok
...Kemudian kami melawat kuda-kuda yang ada di stable itu dan diakhiri dengan lepak santai dan bergambar di lapangan memanah...