Ahad 9 Januari 2022 saya dan Ain balik ke Perak. Sebelum ke Nur Ain Agro Farm kami singgah di rumah opah. Selepas makan tengahari baru kami bergerak ke Kampung Kepala Pulau Layang-Layang Kanan Parit. Di sinilah terletaknya Nur Ain Agro Farm.........Latihan pada Isnin 10 Januari 2022 di dalam rumah... ...
Rabu 12 Januari 2022...Plannya nak bagi Ain berlatih berjalan di jalan menuju ke kandang kambing...sebab jalan itu bersimen, tapi Ain kata 'jalan depan'..so ikutkan jelah. Bersungguh dia menggerakkan langkah walaupun nampak kesulitannya membawa walkernya kerana jalan berbatu...
......Kemudian saya membawa Ain ke laluan menuju kandang kambing. Nampaknya Ain kepenatan kerana dia telah menggunakan banyak tenaganya semasa berjalan di depan tadi...Fokus dia pula dah terganggu dengan bunyi kambing yang mengembek...😂😂😂...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..