31 Januari, 2022

Sejarah Hari Ini di Spectrum International School

Ahad 30 Januari 2022...Harini ada dua cerita yang berbeza yang mengusik jiwa saya. Satu berita gembira dan satu lagi berita duka. Saya mulai berita gembira. Alhamdulillah, harini Ain diberi peluang joyride buat pertama kalinya bersama Zarra dengan bantuan Acik, Rizmi dan encik Sairi serta bantuan dan sokongan moral dari kesemua yang ada pagi ini. Alhamdulillah, Zarra memberi kerjasama yang baik walaupun joyride ini merupakan pengalaman pertama bagi Zarra ...membawa insan oku seperti Ain. Tqvm Zarra dan semua yang terlibat khasnya kepada puan Syuhada yang nekad menaikkan Ain atas Zarra hari ini. Dengan bantuan pengalaman ketika saya membantu aktiviti terapi berkuda di RDA dan dgn bantuan semua yang terlibat...maka urusan joyride Ain berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan kami.. Kelihatannya Ain sangat gembira......Usai Ain joyride kami beredar ke ruang kantin untuk sarapan dan memulakan sesi meraikan encik Sairi yang mengakhiri tugasnya di Spectrum Intetnational School (SIS) hari ini...
...Habis makan Ain santai memerhatikan Zarra dan Sanja yang sedang diberi makan carrot......Kemudian saya membawa Ain menemui Mystar. Hari ini juga merupakan hari terakhir Star di Spectrum. Star akan dipindahkan ke Stable jiran SIS tempat kerja baru encik Sairi. Kelihatannya Star dalam keadaan bersedih...
...Ini video Mystar dibawa keluar untuk di hantar ke Stable barunya. Manakala Zarra dan anaknya Sanja dipisahkan stable buat pertama kalinya... Harap mereka bertiga cepat menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini...aamiin.... ...Akhirnya saya dan Ain ikut mengiringi Mystar ke stable barunya. Terasa sedih sebab MyStar akan berjauhan dengan Zarra dan Sanja....