ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
08 Januari, 2022
Ragam Ain - sesekali Ain buat perangai.
Sabtu 8 Januari 2022...Ni tahap dia protes sangat. Tahap tak boleh bincang 😅😂... Video dari tiktok... .............
Memang susah nak tengok Ain menangis. Tu sebab saya ambil video di atas tadi... tapi bila tengok semula video tu...saya jadi sedih pula. Macam itulah bila sesekali emak marah dia. Dia tahan bunyi tangisnya, tapi bila saya tanya.."Ngapa nangis?" Masa tu barulah keluar bunyi dan kalau mak peluk dia, dia akan balas peluk mak ketat-ketat...Sedih sangat dia bila mak marah dia...Ni dia dah ok. Tengoklah senyumnya tu 😂😂😂......