ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
26 Mac, 2022
Ambil angin dan panas pagi
Sabtu 26 Mac 2022, Alhamdulillah...Pagi ni baru saya upaya bawa Ain turun ke laman rumah selepas berehat dalam rumah sejak discaj dari hospital petang Rabu (23/3). Kami menghirup udara dan panas pagi di persekitaran Nur Ain Agro Farm.
Nobody here...hanya kami......Alhamdulillah...Ain sudah semakin sihat. Tolong doakan Ain sembuh sepenuhnya ya...............Sesekali berswafoto dengan Ain...