ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
31 Mac, 2022
Urusan di Nur Ain Agro Farm
Khamis 31 Mac 2022...Harini saya uruskan kambing di Nur Ain Agro Farm...boss balik ke TBS. Rindu rasanya nak balik rumah tapi sementara waktu ni saya dan Ain dok Perak dulu. Moh kita tengok gelagat kambing-kambing Ain. Ini time nak bagi makan... ...Anak kambing ni saya panggil siPanda sebab sekali tengok macam panda.........Yang ini pula saya panggil siBelang sebab corak bulunya macam harimau...