Rabu 22 Jun 2022, saya dan Ain balik kampung. Kami bertolak agak lewat dari Taman Bukit Serdang (TBS) Seri Kembangan iaitu jam 3.15 petang. Kami sampai di kampung Tekah Baru dalam jam 6.00 petang...
......Pada awalnya saya merancang untuk balik ke Nur Ain Agro Farm pada esok harinya, tapi terpaksa dibatalkan kerana ada beberapa persiapan yang perlu diuruskan bagi persediaan majlis bertunang Suraya iaitu anak saudara saya , kakak saudara Ain. Ini pelamin kak Yaya......Malam Sabtu 25 Jun 2022, kami mempersiapkan beberapa barangan hantaran...
...Paginya kami sambung menyudahkan gubahan hantaran pulut dan mengemas hantaran yang lain......Usai semua kerja, kami pun posing leee. Ain pun posing sakan 😂😂😂.....Bergambar dengan Suraya...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..