13 Jun, 2022

Ziarah Sanja dan ibunya Zarra

Ahad 12 Jun 2022...Alhamdulillah, dengan izin-NYA, petang tadi kami berkesempatan ziarah Sanja dan Zarra. Seelok sampai di pintu masuk Spectrum International School (SIS)... Ain sudah teruja. Cepat masuk katanya kpd saya. Usai mengeluarkan kerusi roda dan menguruskan Ain kami terus bergerak ke stable. Sampai di stable, sekali lagi ain tunjuk riaksi teruja tapiii....bila Sanja dan Zarra datang dekat..takutlah pula Ain tu 😂😂😂. Kelakarlah Ain ni......Sanja dan Zarra juga cepat datang bila dipanggil. Keduanya membiarkan saya mengusap wajah dan leher mereka. Tangan saya dihidu, mereka masih kenal bau saya lebih-lebih lagi Zarra. Kelihatannya Zarra menendang-nendang pintu seakan meminta saya membawanya keluar dari stable...mungkinlah kot, sebab sebelum ni saya biasa lead dia jalan-jalan. ..
.....Harini Ain membawa ole-ole lobak merah untuk Sanja dan Zara, tapi dia takut nak bagi. Dari dulu lagi part bagi makan lobak merah ni Ain memang lemahhh...(masih takut). Naik kuda tak takut pula 🤔😅😂. Ain hanya memerhati je kami bagi Sanja dan Zarra makan lobak merah......Sebelum balik, kami lepak sebentar di ruang legar tempat kami biasa buat aktiviti sebelum ini...sayu pula rasa di hati ni. Tempat jatuh lagikan ingat, inikan pula tempat beraktiviti bersama team. Apa-apa pun tetap positif, kita hanya bisa merancang tapi tetap Allah jua yang menentukan segalanya dan perancangan-NYA pastilah yang terbaik 🤲......Dalam jam 6.20 petang kami beredar meninggalkan SIS. Alhamdulillah...Hilang rindu dapat jumpa Sanja dan Zarra walaupun cuma sempat jumpa 1 jam je... InsyaAllah, nanti bila-bila ada kesempatan kami akan datang ziarah lagi. Dalam perjalanan balik kami singgah di Stable jiran SIS untuk jumpa Sairi bekas pengurus dan penjaga Sanja dan Zarra. Nampak Ain seronok jumpa abang Sai nya. Kami doakan semoga masalah slip disc abang Sai dapat dipulihkan dan sentiasa sihat walafiat, aamiin...