05 November, 2022

Hadir Support kawan-kawan Boccia - Part 1

Jumaat 4 November 2022, saya dan Ain mengunjungi Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan Kuala Lumpur. Harini kami nak support kawan-kawan boccia bertanding......Terharu saya, masuk je ke dewan pertandingan...dia meluru datang jumpa saya dan Ain... Walaupun kurang memahami apa yang dia cuba sampaikan tapi saya tahu keterujaan dan kegembiraannya dapat jumpa saya dan Ain. Saya santuni dia sebentar sebelum ke gelanggan di mana pertandingan akan dimulakan...... Alhamdulillah.. walaupun sudah 4 tahun tidak aktif boccia namun kami masih diingati. Beberapa kenalan dan kawan-kawan boccis datang menemui kami...seperti sesi jejak kasih pula rasanya 😂😂😂 Alhamdulillah 🤲. Kami juga mendapat soalan cepumas, 'Bila Ain nak comeback?' jawapannya..nantilah. Seronok kami hari ini...Terima kasih en.Zack datang bertanya khabar Ain..Terima kasih juga pada en. Mokhtar beri tip untuk melatih Ain. Terima kasih cikgu Syahir datang tegur Ain. Ain ingat cikgu tu..yang lain-lain pun dia ingat......Petang ni final pingat emas dan Perak untuk BC 2 dan BC 4. Alhamdulillah, final BC 2 tu melibatkan kawan yang pernah sama-sama fizio dengan Ain di HUKM dan biasa jumpa di aktiviti-aktiviti rda iaitu Muhammad Aqif Iskandar......Alhamdulillah, abang Iskandar memenangi pingat emas mengalahkan atlet Johor......Ini sesi abang Iskandar ditemubual wartawan......Sementara menunggu sesi penyampaian pingat..kami ambik gambar dulu...tapi ada kesilapan teknikal pada beberapa keping gambar...ada pakai mahkota pula 😂😂😂...