Rabu 2 November 2022, saya dan Ain ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM) untuk temujanji klinik neuro. Harini ayah Ain hantar kami...
...Alhamdulillah, Doktor bagitau result darah Ain Ok. Harini juga Ain dapat temujanji Klinik gigi khas untuk penyelidikan kesihatan gigi OKU CP. Usai mengambil ubat di farmasi PPUKM, kami pun bergerak ke luar lobi hospital untuk balik rumah. Sementara menunggu ayah Ain datang mengambil kami...snaplah gambar Ain yang dok melengung nunggu dengan perut yang sudah berkeroncong sebab pagi tadi kami tak sempat bersarapan...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..