ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
28 September, 2023
Terapi
Rabu 27 September 2023, Alhamdulillah... Harini kami mengunjungi CVT (Home Spa Ice Therapy) untuk tujuan 2 in 1...terapi di kolam air bergaram dan membeli produk keperluan Ain. Produk yang Ain amalkan dah hampir habis so kena dapatkanlah sebelum habis langsung. Agak lama juga tak datang ke sini. Sebelum ni Ain ada sesi terapi air (berenang) di Tropicana Aman Recreational Hub bersama volunteers DiveHeart pelajar dari Heriot Watt University Putrajaya... ......