02 September, 2023

Santai Keluarga Di Kg,Kepala Pulau & Jalan-Jalan Kuala Kangsar Perak.

Khamis 31 Ogos 2023, kami mengadakan jamuan makan-makan adik beradik seisi keluarga sebelah ayah Ain di rumah arwah atok Ain...___________________________________________________________________________________Jumaat 1 September 2023 kami berkonvoi ke Kuala Kangsar. Kami singgah di pekan Parit, posing-posing sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke Enggor Kuala Kangsar......Lokasi yang ingin kami lawati ialah Victoria Bridge (Jambatan Victoria juga dipanggil Jambatan Enggor) yang terletak di Enggor Kuala Kangsar, Perak. Jambatan ini merentangi Sungai Perak..dibina pada tahun 1897 dan nerupakan antara jambatan keretapi tertua di Malaysia. Perasmian jambatan ini dihadiri Sultan Perak Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Permaisuri Perak, Residen Perak J.P Rodger dan isteri serta orang-orang kenamaan pada tahun 1900. Jurutera pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, jurutera DDivisyen dan C.R Hanson...
...Kemudian kami bergerak pula ke pekan Kuala Kangsar nak pekena laksa telur sarang......Usai menjamu selera kami jalan-jalan di tepi sungai......Oleh kerana cuaca tidak bagus (hujan lebat) kami tidak jadi ke Gunung Lang di Ipoh. Jadi kami terus balik ke kampung, manakala pak ngah dan pak su sekeluarga balik ke Seri Kembangan Selangor.