05 Februari, 2024

Berkunjung Ke DRT SHOW MALAYSIA 2 - 4 February 2024

Ahad 4 Februari 2024 kami ke Kuala Lumpur mengunjungi pameran DRT SHOW MALAYSIA. Kami mengguanakan perkhidmatan awam, menaiki MRT dan LRT. Bukan main seronok dan terujanya Ain, riuh mulutnya kerana teruja sangat...almaklumlah biasanya ke sana kemari dengan kereta, kali ni naik kenderaan awam......Sampai di Stsyen LRT KLCC kami menuju arah mall KLCC untuk pergi ke Kuala Lumpur Covention Centre dan Ain menggunakan laluan OKU untuk naik ke atas. Kami menunggu sebentar kehadiran KLCC Security yang akan mengendalikan perkhidmatan OKU itu... Ini merupakan pengalaman pertama Ain menggunakan mesin ni. ALhamdulilah..ada kemudahan ini. Usai meengambil tiket masuk, kami terus ke ruang pameran mencari Booth G102 (Diveveheart Malaysia)......Kemudian kami pusing-pusing melawat booth-booth yang ada......Penat pusing-pusing kami duduk minum dimini cafe yang ada di dalam ruang pameran.....Kemudian saya dan Ain pergi ke ruang yang akan diadakan beberapa slot presentation...
...Sebelum meninggalkan dewan pameran kami sempat bergambar dengan en. Syed dan team Diveheart Malaysia......Kami beredar dan singgah makan di Restoran/cafe BUNGKUS KAW KAW...
...Untuk ke stesyen LRT KLCC sekali lagi menempuhi laluan khas OKU masa datang tadi...  
...Kemudian kami menuju ke Stesyen MRI Ampang Park untuk balik ke Serdang Raya...
...Gelagat Ain dalam MRT...
...Lepas turun dari MRT dan masuk kereta, muka Ain ada masam...Tak nak baliklah tu...Tak puas lagi naik keretapi kot...