ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
19 Februari, 2024
Meraikan Walimatul Urus Anak Kawan Sekolah di Rawang...
Ahad 18 Februari 2024, saya bertiga beranak meraikan kenduri anak kawan ex-smst (Ijat) dan ex-smdary (Nun..Wife Ijat) di Rawang. Seronok dapat jumpa sahabat lama yang sudah lama tak jumpa.....Macam biasa Ain mesti posing-posing untuk buat kenangan...