10 September, 2020

Akhirnya...

Akhirnya Khamis 10 September 2020 saya berkesempatan membawa Ain ke Home Spa Ice Therapy selepas segalanya terhenti kerana covid-19. Alhamdulillah dengan keizinan pihak Home Spa dan kelonggaran PKPP, hari ini Ain dapat turun membuat terapi air bergaram @ berenang. Walaupun kurang aktif tapi dari raut wajahnya dapat dilihat kegembiraan Ain......Ini video-video yang sempat saya rakamkan. Ralatnya rakaman video masa aktiviti Ain sedang mengapongkan diri tanpa bantuan pelampong lengan, tidak dapat diambil kerana saya berada di dalam kolam, mengawasi Ain...Kebetulan pula hp sudah diletakkan jauh dari gigi kolam. Apa-apapun...Dapat dilihat Ain masih mampu dan berkeyakinan mengapongkan dirinya. Tiada langsung riak takut di wajahnya. Alhamdulillah.. Good job Ain..
   
...Usai mandi saya mengambil produk keperluan Ain yang saya telah order semasa sampai di Home Spa jam 11 pagi tu......Kami beredar dari Home Spa hampir jam 1. Syukur Alhamdulillah untuk Aktiviti hari ini...