08 September, 2020

Aktiviti Di Spectrum Bersama Group Pencinta Kuda

Ahad 6 September 2020...seawal pagi saya membawa Ain ke Spectrum Internadional School untuk aktiviti bersama volunteer @ pencinta kuda. Turut menyertai kami.. Volunteers As-Syik puan Masrah dan cik Arya. Disertai juga puan Nazlida dan Aleeya serta puan Wan Nur 'Ashiqin bersama dua orang anaknya. Sebelum aktiviti bermula.. puan Ustazah Nur Syuhada memberi sedikit penerangan untuk tugasan hari ini. Kami juga diperkenalkan antara satu sama lain. Hari ini saya dan Naz ditugaskan merapikan (grooming) Zarra......Grooming time...sambil diperhatikan Ain dan Aleeya......Taraaa...Zarra dah bersih dan cantik didandan.......Usai grooming kami posing dan bawa Zarra dan MyStar jalan-jalan......Sebelum bersurai kami memberi Zarra dan MyStar makan carrot...                        


...Kemudian kami pula menjamu selera dengan juadah yang dibawa sikit sorang. Juadahnya meriah sungguh......Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang terlibat. Aktiviti santai yang sangat menyeronokan. Semoga berjumpa lagi, In Sha Allah..aamiin