...Sementara 2 pelatih dari MAWIP menunggang Mystar...saya membantu volunteers membersihkan stable......Usai itu saya melihat Nazlida grooming Zarra dan kemudian kami berjalan-jalan dengan Zarra... ..Aktiviti akhir kami membantu memandikan Mystar. Ain dan Aleeya kelihatan sangat gembira. Syukur
Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk aktiviti hari ini.
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..