19 Disember, 2021

Ain di Program Mesra Santai Bersama Kuda

Seawal pagi Sabtu 18 Disember 2021, saya dan Ain bergerak ke Spectrum International School untuk program Mesra Santai Bersama Kuda. Anjuran bersama: Kelab Ekuin Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Transfomasi Komuniti Universiti (UCTC UKM), SSC Resources, Spectrum International School Putrajaya dan AKUDA KIDS. Pergerakan kami agak perlahan kerana hari ni hujan membasahi bumi...Selepas menghantar Ain ke ruang majlis saya bergegas ke stable untuk membantu mencantikkan birthday girl SANJA...

...Usai mendandan Sanja, kami masuk ke ruang majlis. Macam biasalah sementara menunggu majlis bermula...aktiviti kami berposinglah dulu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...

...Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita. Diikuti ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa. Disusuli ucapan Director/CEO Spectrum International School...
...Kemudiannya ucapan dari Pengasas SSC Resources puan Nur Syuhada...
...Majlis dirasmikan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) toqqi @ Datuk Nadzim Johan......Pagini kami dihiburkan dengan persembahan artis comel CHILD FROM THE EAST dan Alriz, Akuda Kids ............Selesai acara di pentas kami beredar keluar dari bangunan utama untuk bertemu kuda-kuda dan potong kek Sanja.......
...Cantik sungguh Sanja hari ini dengan asosari hasil tangan Acik Rodiah......Kerana hujan saya dan Ain tidak menyaksikan acara memanah berkuda. Kami masuk semula ke ruang majlis. Alhamdulillah, rezeki Ain dan Aleeya artis comel Child From The East sudi menghiburkan mereka berdua... ...Ini pula persembahan dari encik Kamarul Al-farabiband...video ini dari mama Aleeya... ..Terima kasih kerana sudi menghiburkan Ain dan Aleeya semoga dilimpahi rezeki dan segala urusan Allah permudahkan, aamiin ya Rabbal alamin......Acara terakhir ...tentulah posing beramai-ramai. Kemudian Ain posing sendirian...


______________ Rezeki Ain dan kawan-kawan dapat sumbangan 'iNFAQ Rezeki' dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang disampaikan toqqi @ Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM / Pengerusi, Unit Kebajikan PPIM. Alhamdulillah..terima kasih PPIM. Semoga Allah SWT menganugerahkan keberkahan rezeki dan merahmati para penyumbang serta mereka yg terlibat dlm menguruskan kotak INFAQ REZEKI ini sehingga ianya sampai kpd para penerima (Ain dan kawan-kawan), aamiin ๐Ÿคฒ......