Isnin 13 Disember 2021...kami dua beranak ke Home Spa Ice Therapy. Macam biasalah Ain masuk kolam, terapi berenang......Sebelum lepaskan Ain berenang sendiri, saya lakukan sedikit regangan supaya tiada kekejangan berlaku pada otot Ain. Latihan berjalan juga turut saya lakukan...... ...... ...
...Usai mandi saya ke farmasi CVT untuk membeli produk CVT yang diperlukan..
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..