ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
01 Februari, 2023
Santai di 3S Equestrian Cyberjaya
Sabtu 31 Januari 2023 jam 8.30 pagi kami tiga beranak sudah berada di 3S Equestrian Cyberjaya untuk sesi pengenalan terapi berkuda.....Kami dibantu dua orang staff di 3S Equestrian Cyberjaya dan volunteer merangkap staff dari GAPS dan penungangan tidak menggunakan sadle, hanya pakai sadle pad saja... Alhamdulillah...seronok Ain dapat naik kuda. Secara tak langsung seperti hadiah birthday dia harini... ...Usai semua rider CP naik kuda kami bergambar kenangan......Saya berkesempatan lead kuda berkenaan dan sempat juga try tunggang tapi sekadar walk saja...