06 Februari, 2023

Santai Terapi berkuda di MEM

...Ahad 5 Februari 2023...Alhamdulillah, akhirnya Ain ketemu tempat untuk meneruskan semula terapi berkudanya yang terhenti sejak 2020...Semoga Allah mempermudahkan semua urusan Ain, aamiin ya Allah ya Mujib 🤲. Dengan kerjasama dan bantuan beberapa orang dari teams Equine Assisted Theraphy & Services (EATS) termasuk bantuan dari en. Hazrin (coach), terapi ini berjalan dengan lancarnya. Dimulai dengan Aina dan diikuti Ain......Untuk menaikkan Ain ke atas kuda, saya, coach Hazrin, Aiman dan Dr.Rosmina membantunya. Lepas tu Aiman lead kuda manakala saya dan coach Hazrin sebagai side walk. Harini kami menggunakan khidmat kuda bernama Sarah......Terapi bermula. Terima kasih kepada yang snap semua foto-foto Ain. Ianya sangat berguna untuk saya melihat semula posisi duduk Ain di atas kuda dari padangan depan, sisi dan belakang. Terima kasih juga untuk rakaman video-video Ain... Alhamdulillah, dapat tunjuk ajar dari coach Hazrin...
...Sempat try lead Sarah buat pertama kalinya......Akhir kalam, dengan rendah hati kami mohon bantu kami dengan doa-doa. kerana banyak lagi yang perlu kami dapatkan..ilmu/kemahiran, kelengkapan dan lain-lain yang berkaitan. Kami dalam usaha ke arah itu...Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu kami. Segala pandangan dan perkongsian sangat bermakna dan berharga pada kami...