10 Februari, 2023

Santai Di Home Spa Ice Therapy

...Lama dah tak turun terapi berenang di kolam air bergaram Home Spa Ice Therapy ni. Alhamdulillah, harini Khamis 9 Februari 2023 kami berkesempatan bawa Ain ke sini. Lihatlah betapa seronoknya Ain dapat berenang. Seperti biasa Ain menjelajah seluruh ruang kolam dan cuba memanjat tangga kolam tapi macam tak larat je mungkin sebab dah agak lama tak buat... ...Usai berenang saya masuk ke dalam Home Spa untuk membeli produk yang diperlukan sementara tu Ain menunggu di luat bersama ayahnya......Seperti biasa lepas berenang mesti perut berkeroncong, jadi kami singgah makan di restoran pelanggan tissue kami.