13 Jun, 2023

Akhirnya Chu Pergi Jua

Pagi Ahad 11 Jun 2023 kami mendapat berita sedih. Akhirnya chu pergi jua. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dua hari dapat melawat chu...mendoakan chu, mengusap tangan chu..bercakap-cakap dengan chu yang terbaring dikatil HRPB Ipoh, chu yang ditidurkan akibat kecederaan di kepala kerana dilanggar kereta pada 8 Jun (malam Jumaat). Pagi ni...Allah ambil chu..Semoga Chu damai di sana bersama hamba2-NYA yang solihin, aamiin ya Rabbal alamin. Al-Fatihah untuk chu... Foto-foto dihari pengkebumian chu 😭😭😭... ...Usai pengkebumian, bacaan tahlil dilakukan. Semoga chu damai disana bersama hamba-hamba Allah yang solihin, aamiin ya rabbal alamin 🤲🏻🤲🏻🤲🏻... ______________________Sempat ziarah pusara arwah atok, opah dan cek Saharin...