25 Jun, 2023

Terapi Air/Berenang Sesi ke 4

Rabu 21 Jun 2023, sesi keempat terapi air/berenang Ain bersama sukarelawan DiveHeart pelajar dari Heriot Watt University Putrajaya Hanim dan Iman. Jam 4.30 petang hingga 6 petang di Tropicana Aman Recreational Hub...   ...Usai membersihkan diri kami lepak santai sambil makan kuih yang sempat mak Ain beli sebelum datang ke sini. Dari jauh Ain memerhatikan uncle Syed yang masih mengajar sorang pelajarnya, jadi kami tak mahu mengganggu. Hajat hati nak jumpa uncle sebelum pulang tapi tidak perasan pula bila uncle selesai mengajar..tau-tau lihat ke kolam uncle dah takda. Oleh kerana hari dah jam 7 lebih...kami pun pulang...