12 Jun, 2023

Balik Kampung

Dalam jam 8 pagi Jumaat 9 Jun 2023 saya, Ain dan ayah Ain bergerak balik ke Perak untuk ziarah paksu saya yang kami panggil Chu. Kami dimaklumkan Chu dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Permaisuri Ipoh kerana kecederaan teruk di kepalanya akibat dilanggar kereta......Jam 10.41 pagi kami sampai di rumah opah Ain. Rehat sekejap, pastu saya dan ayah Ain pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk melawat Chu. Ain ditinggalkan dengan mak saya (opah Ain). Pihak hospital telah memberi kebenaran untuk waris chu melawat chu bila-bila masa. Sampai di hospital kami terus kewad 6B...Inilah keadaan chu..terbaring dengan mesin bantuan pernafasan. Sedih tengok keadaan chu...
...Agak lama juga kami bersama chu...bacakan ayat syifa' dan bercakap-cakap dengan chu walaupun chu diam membisu kerana chu telah ditidurkan. Semoga chu kuat dan berdoa semoga Allah sembuhkan chu meskipun doktor kata chu dalam keadaan nazak 😭😭😭