ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
01 Januari, 2024
Memeriahkan PUTRAJAYA IN-HOUSE EQUESTRIAN - Competition 2023
Sabtu 30 Disember 2023, kami berdua beranak ke Taman Ekuestrian Putrajaya untuk menyaksikan pertandingan Dressage dan Show Jumping. Teruja sungguh Ain bila dapat tengok kuda......Dalam jam 8.30 pagi kami dah sampai ke lokasi pertandingan dressage......Sementara menunggu acara dressage selesai kami duduk santai-santai sambil ambil gambar. Harini dapat jumpa rakan ex-RDA dan beberapa orang sukarelawan terapi berkuda......Sempat juga bergambar dengan aunty Gaya Zakri yang pernah membantu Ain untuk aktiviti terapi berkuda (RDA)......Lepas makan tengahari beredar ke arena pertandingan Horse Jumping. Jam 2.30 petang pertandingan horse jumping bermula... ...Sebelum pertandingan bermula, kesemua peserta masuk ke arena untuk memeriksa arena dan membuat pengiraan langkah Bukan main enjoi sakan Ain tengok horse jumping ni..riuh mulutnya. ...Waktu berhenti rehat untuk pihak pengurusan arena membuat susun atur palang lompatan, saya ajaklah Ain balik...dia tarik muka taknak balik. Kesudahannya tunggulah sampai pertandingan berakhir...