Rabu 10 Januari 2024, jam 11 pagi kami berempat beranak bertolak ke Negeri Sembilan. Jam 1 tengahari kami sampai ke resort yang sudah ditempah seminggu yang lepas......Usai daftar masuk kami ke ruang menunggu untuk menaiki buggy yang akan menghantar kami ke bilik tempahan....
Kami keluar ke ruang beranda yang menghadap laut dan di situ ada kolam mandi yang comel saiznya... ...Selepas rehat sebentar kami masuk kolam. Seronok sungguh Ain sebab ada adik join dia berenang......Ain merenung jauh. Pandai dia posing. Ikut arahan sungguh weh! Terbaik Ain...good job...
...Acah-acah posing merenung laut......Healing dua beranak tengok langit......Ni pula posing tiga beranak dan akhirnya Ain keluar kolam. Udah kesejukan weh...kemudian masuk bilik sauna tapi tak ambil gambar...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..