ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
11 Januari, 2024
Terapi Air (Berenang) - Sesi Ke 2
Alhamdulillah, Selasa 9 Januari 2024 kami ke Recreational Hub at Tropicana Aman untuk sesi ke dua terapi air Ain bersama volunteer bernama Soraya Sofea. Harini kami kelewatan 20 minit sampai. Kami berhadapan jem yang panjang akibat ada kereta rosak di Lebuhraya KESAS area sebelum Subang Jaya.Sampai je Soraya sudah menunggu kehadiran kami. Jam 9.30 kami masuk kolam renang......Usai terapi siap-siap nak balik rumah tapi sempat posing-posing dulu 😂😂😂...