ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
24 Januari, 2024
Terapi berenang sesi ke 3
Rabu 24 Januari 2024 jam 9.23 pagi kami berdua sampai di Tropicana Aman Recreational Hub untuk terapi berenang Ain sesi ke 3. Harini sekali lagi Ain dibantu Soraya......Jam 11 pagi selesai merapikan diri. Sebelum gerak balik Ain makan bekalan yang dibawa dari rumah. Biasalah...lepas berenang mesti perut lapar..